Selasa, 7 November 2017

KAMI DI PMCH MENERIMA BANYAK ADUAN PUNCA PINJAMAN AHLONG BERMULA MELALUI ONLINE


Kepada orang ramai diluar sana diminta agar berhati-hati untuk membuat sebarang pinjaman melalui INTERNET contohnya, FACEBOOK, GOOGLE, IKLAN ONLINE seperti di MAJALAH.COM, BLOGGER atau sebagainya. 
Ahlong-ahlong kini semakin berleluasa dan mereka bukan sahaja mencari mangsa melalui iklan tampal di pokok atau mengedar risalah di peti surat malahan mereka sekarang lebih canggih dengan menyamar sebagai syarikat pinjaman wang berlesen dan juga bank. 

Hasil pengumpulan maklumat aduan terkini orang ramai, kami mendapati rata-rata mengenali ahlong adalah melalui internet. 
Kami di P.M.C.H suka mengigatkan sekiranya anda ingin membuat sebarang pinjaman, 
adalah lebih baik menggunakan saluran yang betul dan berurusan di pejabat. 
Jangan sesekali menghantar whatsapp gambar kad pengenalan kepada syarikat yang dikenali melalui online. 

Untuk ketahui lebih lanjut, sila layari official page P.M.C.H di 
https://www.facebook.com/PerundingMasalahCetiHaram/ 


LAYARI LIVE BERSAMA PEGAWAI PMCH TENTANG PENGADU YANG BUAT  PINJAMAN SECARA ONLINE.




Hubungi Pn. Yati 012-3662127 
*ALAMAT*
No-36-1-1,
Jalan megan setapak 1,
Taman Megan Sri rampai, 
53300 Kuala Lumpur. 
Waze : PERUNDING MASALAH CETI HARAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan