Khamis, 17 Mei 2018

“AKU YANG PINJAM AHLONG AKU PULA DITANGKAP”

“AKU YANG PINJAM AHLONG AKU PULA DITANGKAP”😭😭 – kata mangsa peminjam syarikat pinjaman wang berlesen & ceti haram (ahlong)

PEMINJAM AHLONG DITANGKAP POLIS
Pada jam 10.00 malam, Pn. Yati telah dihubungi oleh Polis bagi membantu siasatan kes salah seorang pengadu kami bernama AHMAD (bukan nama sebenar). Beliau adalah PEMINJAM SYARIKAT PINJAMAN WANG BERLESEN & CETI HARAM dimana kad bank beliau telah diberikan kepada syarikat pinjaman wang tersebut. 

Mengikut laporan yang diberikan, Ahmad telah memberikan kad atmnya kepada wakil syarikat (collector) untuk membuat potongan pinjaman melalui gaji beliau pada setiap bulan.

Walaubagaimanapun, tanpa pengetahuan Ahmad, akaun bank miliknya telah disalahgunakan dan dipakai untuk urusan aktiviti haram seperti penipuan pelaburan & pinjaman wang haram. Apabila terdapat beberapa aduan mangsa lain yang membuat laporan polis bahawa mereka telah ditipu oleh pemengang kad atm (Ahmad). Jadi, pihak polis terpaksa menangkap Ahmad untuk membuat siasatan lanjut. Sehubungan dengan beberapa aduan mangsa lain. Ahmad juga telah dibawa ke 4 buah negeri berbeza mengikut tempat laporan aduan yang dibuat oleh mangsa.

Alhamdulillah dengan kenyataan Pn Yati dan bukti pinjaman Ahmad yang ada direkodkan, ia dapat membantu Ahmad dari tuduhan membuat pelaburan palsu & pinjaman wang haram.
Oleh itu, nasihat kami melalui pengalaman pengadu kami (Ahmad) kepada semua PEMINJAM wang berlesen / ceti haram jangan la sewenang senangnya memberi kad atm kepada mereka.
Dan bersyukur kepada Allah s.w.t kerna memudahkan segala urusan kes Ahmad dan kesnya telah diselesaikan hari ini.

Jadi Kepada sesiapa yang terlibat masalah ceti haram ( ahlong ) & pinjaman wang berlesen jangan tunggu lama-lama..
Boleh hubungi : Pn Yati - 012-3662127
Atau
Datang terus ke pejabat
No 36-1-1
Jalan megan setapak 1,
Taman megan sri rampai,
53300 kl.
Waktu beroperasi
(bulan puasa)
setiap hari isnin - jumaat
10.00am - 4.00pm
sabtu
10.00am - 1.00pm