Selasa, 15 Ogos 2017

SERAH KAD OKU

KAK YATI MENGURUSKAN MASALAH CETI HARAM (AHLONG)


Satu keluarga pinjam ceti haram (ahlong), untuk menanggung kos rawatan pembedahan ayah dan untuk kos sara hidup satu keluarga berserta abang yang menghidap penyakit  (OKU) tidak boleh bangun menguruskan diri.

Malangnya setelah masalah semakin rumit si ayah telah meninggalkan anak-anak kepada isteri untuk menguruskan segalanya dan menyebabkan kedua-dua orang anak perempuannya terlibat ahlong.

Ini lah yang di katakan jatuh di timpa tangga,
Apabila semua ahli keluarga di halau tuan rumah kerana gagal membayar sewa bulanan.

Jadi kepada sesiapa yang ingin menyumbang kepada keluarga ini boleh hubungi
Pn Yati - 012-3662127


Yusmizal Dolah Aling
yusmizal@hmetro.com.my
SEORANG ibu terpaksa menyerahkan kad Orang Kurang Upaya (OKU) milik anaknya kepada along sebagai jaminan pinjaman yang dibuat sejak 2014 kerana bimbang diganggu.
Dia yang mahu dikenali sebagai Habibah, 60, berkata, dia tidak mempunyai pilihan lain untuk melunaskan hutang kerana tidak bekerja dan perlu menanggung tiga lagi anak yang tinggal bersama di Sunway Semenyih.
“Saya menyerahkan kad itu bersama elaun RM200 sebulan yang diberikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.
Dia berkata, keadaan itu menyebabkan dia kini berdepan masalah kewangan dan perlu mencari kediaman baru selepas dipaksa keluar dari rumah sewa kerana tunggakan empat bulan.
"Saya tidak bekerja dan sekarang ada masalah kesihatan. Hanya bantuan JKM itulah yang ada. Disebabkan takut, saya terpaksa serahkan kad OKU dan kad ATM kepada along. Saya benar-benar terhimpit dan rasa tidak selamat," katanya ketika membuat aduan kepada Perunding Masalah Ceti Haram (PMCH) Yati Abdul Razak, hari ini.
Habibah berkata, beban ditanggungnya menjadi berganda apabila suaminya menghilangkan diri sejak empat bulan lalu meninggalkan mereka sekeluarga dalam keadaan terumbang-ambing tanpa punca pendapatan dan dia hanya mengharapkan bantuan daripada tiga anaknya yang lain untuk meneruskan hidup.
"Saya nak cari rumah baru untuk anak-anak, terutamanya untuk anak sulung saya yang cacat fizikal. Tetapi saya buntu, tidak tahu di mana sumber yang ada. Anak-anak pun kerja biasa saja, cukup untuk makan pakai mereka saja," katanya.
Sementara itu, Yati berkata, pihaknya sudah berhubung dengan along terbabit untuk berbincang mengenai kaedah terbaik menangani masalah itu.
Ia termasuk penjadualan semula bayaran dengan kadar minimum kerana Habibah tidak bekerja selain perlu menguruskan anaknya yang turut membabitkan kos perubatan dan keperluan harian.







KAK YATI BUKAN AHLONG, TAPI MENOLONG ORANG YANG TERLIBAT AHLONG

MASIH RAMAI LAGI ORANG YANG CARI KAK YATI PPIM..
UNTUK PENGATAHUAN SEMUA KAK YATI TIDAK LAGI BEKERJA DI PPIM YER!!

TAPI DI SYARIKAT RIENAS MULTI RESOURCES,
DI MANA
SYARIKAT INI ADALAH SEBAGAI PERUNDING MASALAH CETI HARAM (AHLONG) & SYARIKAT PINJAMAN WANG BERLESEN..

KAK YATI DAH BERJAYA MEMBANTU RAMAI ORANG YANG TERLIBAT MASALAH AHLONG DENGAN MEMATIKAN BUNGA YANG SEMAKIN MENINGKAT !!!
PEMBAYARAN BULANAN / HARIAN YANG TAK PERNAH SELESAI..

KALAU ANDA TAK PERCAYA, MARI HUBUNGI  DIA SENDIRI 012-3662127
ATAU DATANG TERUS KE PEJABATNYA,
NO 36 -1- 1
JALAN MEGAN SETAPAK 1,
TAMAN MEGAN SRI RAMPAI,
53300 SETAPAK, KUALA LUMPUR.
(ISNIN - JUMAAT )
JAM 10.00am  - 5.00pm                                                  
menyelesaikan masalah ahlong