Ahad, 3 Jun 2018

PENGORBANAN SEORANG SUAMI


Kasih seorang suami kepada isterinya yang mana beliau terpaksa bertungkus lumus mencari sumber kewangan untuk mengubati isterinya yang telah disahkan kanser tahap 4. Bagaikan jatuh ditimpa tangga apabila beliau sendiri dimasukkan ke hospital selama 2 bulan dan telah disahkan mengalami kerosakan hati bernanah. Beliau telah cuba mendapatkan bantuan daripada beberapa persatuan/badan NGO tetapi tidak berjaya. Buntu kerana tiada sumber kewangan untuk menghidupkan kembali perniagaan beliau, bermulalah episod ngeri apabila terjebak dengan pinjaman ahlong. Tidak tahan dengan ugutan dan gangguan serta bunga yang tidak masuk akal daripada ahlong, beliau cuba mendapatkan bantuan pihak P.M.C.H.

Kami daripada pihak P.M.C.H membantu pengadu ini untuk berunding dengan ahlong bagi mematikan bunga yang semakin tinggi dan menjadualkan semula pembayaran. Doakan kami agar proses rundingan ini berjalan dengan lancar.

Ikuti video temubual Pn. Yati bersama pengadu di official page P.M.C.H https://www.facebook.com/PerundingMasalahCetiHaram/videos/1548210418616772/

Hubungi Pn. Yati 012-3662127
#perundingmasalahcetiharam
#lebihanwangkamipulang
#masalahahlong
#masalahcetiharam
#katakantidakpadaahlong
#bebaspinjamanahlong

3 ulasan:

  1. asalamualikum kak
    Nama sy faizul
    Sy ada masalah ah long
    Buat masa skrg tak dapat nak bayar balik duit ah long minta tolong dari kak cara untk selesaikan hutang

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum.....sy ad masalah terjebak dgn ah long...buat mse skarang sy mmg xdpt nk byr blik...bleh pn bsntu sy atasi masalah ini sblm ia mkin berlarutan...tq

    BalasPadam