Jumaat, 28 Oktober 2016

Ah Long Bertindak Kejam

Pagi Pagi lagi kami menerima 2 keping gambar dari khidmat pesanan ringkas..


Seorang pengadu (mangsa Ah long ), di pukul di hadapan rumahnya



Luka Di Bahagian Kepala Mangsa 
INFO PEMINJAM
Mangsa telah terlibat dengan masalah Ah Long selama 2 tahun.
Jumlah pinjaman Ah Long beliau semakin bertambah walaupun telah membayar setiap hari 
dari hasil jualan (makanan/ restoran)
Namun di sebabkan kelewatan membayar bunga sejak akhir akhir ini, 
beliau di pukul di hadapan rumahnya.



Segelintir masyarakat akan menyalahkan peminjam kerana peminjam sendiri yang memulakan masalah dengan membuat pinjaman terhadap Ah Long, sedangkan rata rata masyarakat tahu tentang kekejaman Ah Long dengan mengaut untung yang melampau melalui hasil bunga (interest)

Tetapi adakah Kita perlu membiarkan Konco - Konco Ah Long bertindak sewenang - wenangnya ???


  • Membaling Cat Merah atau Cat Hitam
  • Mengunci pintu pagar rumah peminjam
  • Mengambil kenderaan peminjam
  • Mengambil rumah / tanah peminjam
  • Memukul peminjam 
Jangan sampai
  • Mengorbankan "kehormatan" peminjam dan keluarga.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan